Majlis Perasmian PI Kota Pekan
1 Disember 2017 | Aktiviti Terkini
Pada hari Sabtu yang lalu bersamaan 11 November 2017 telah berlangsungnya Majlis Perasmian PI Kota Pekan. Majlis ini melibatkan semua PI Negeri Sembilan iaitu PI Pasoh 2, Pasoh 3 dan PI Felda Sg Lui. Majlis ini berlangsung selama 7 jam iaitu dari pukul 10 pagi hingga pukul 5.00 petang. Majlis ini diadakan di perkarangan utama Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan, Rembau.
Majlis ini dirasmikan oleh YB Brig. Jen. Khairy Jamaluddin iaitu Menteri Belia dan Sukan. Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena majlis tersebut antaranya ialah Explorace Klik Dengan Bijak, Ceramah Advokasi, Pertandingan Mewarna Tadika dan Sekolah Rendah, Program Keusahawanan dan pameran-pameran daripada agensi kerajaan. Sekalung penghargaan buat semua yang telah terlibat menjayakan Majlis Perasmian ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: